Assalamualaikum dan selamat pagi.Terfikir lak baru nak buat kalimat terahir kan. Pasal kalimat terahir ni, aku nak luahkan la sedikit tentang perjalanan sepanjang aku mengambil subjek BBM3410.
Mula2 masuk kelas Bbm 3410, rasa excited cikit la TAPI lepas je da masuk, macam nk kuar ambil subjek len pun ada( hehe sekadar gurauan) tapi inilah realitinya kan? bila susah je nak give up?
apa2 pun selama aku ambil kursus ini, memang akan rasa mengeluh? nak tahu kenapa??? coz kerja banyak sangat!!! stress akan menyelubungi you all tapi itu adalah pahitnya belajar..kalau u all nak tahu manisnya selepas you all dah belajar step by step dalam subjek ni,GERENTI mesti you all x menyesal ambil subjek ini di bawah bimbingan PROF. MADYA DR. NORMALIZA ABD.RAHIM..
sesiapa yang nak ambil subjek bbm3410 akan dtg, aku sarankan ambillah dengan dr.Normaliza atau nama popularnya DR.NOTTS..
Hokey, nak citer pasal dr. Normaliza ni, perwatakannya memang slamber je, cool je..tpi kalau dye marah, ermmm sebulan belum tentu nak baik mood dye( gurau je dr.) kenapa aku cakap cmtu? coz Pengalaman yang pernah aku dan kumpulan aku rasa apabila kumpulan aku tidak dapat mempersembahkan satu video fokus, coz salah seorang kawan aku datang lambat! jangan main2 drNotts ni selalu punctual orangnya. begitulah kisahnya, itu je aku nak bagitaw!! tapi so far, dye ajar BEST, semuanya praktikal!!! In sha Allah lepas abis belajar nie, bolehlah aplikasikan~ tak sia2 masuk kelas dia,
sayu la pulak lepas abis kelas terakhir dengan drnotts nie.. Dulu masuk kelas dye, (cakap bila lee nak sampai m14) TAPI da abs kelas sampai m14 ( sedih la pulak, mungkin aku da serasi dengan drnotts) cara pembelajaran dia sangat santai!! terbaik..terima kasih DRNOTTS..ada masa kita bertemu kembali, salam sayang dari anak didikmu!!
Meh aku belanja gambar kumpulan Srikandi bersama drnotts yang di kasihi.
hokey!!! meh aku kenalkan barisan ahli kumpulan Srikandi..dari kiri noorain Hazirah, asma'a Nasuha, normila, pensyarah aku prof. Madya Dr Normaliza abd. rahim dan aisah ..
Terima kasih atas segalanya!!
Jumpa lagi
Saturday, 20 December 2014
Monday, 15 December 2014
VIDEO ONE STOP MOTION
Nah kita belanja you all tengok hasil kerja video one stop motion " Diari Hatiku" yang tak secantik dan segah kawan2 kita buat, maklumlah aku bukanlah budak seni, dulu time sekolah ambil subjek sains tulen, pas2 masuk u dapat kos sastera pulak, inilah namanya kebetulan?? kan
lepas tonton nie, Kalau nak bagi kritikan pu boleh, saya terima apa jua komen2 yang membina!!
Jom saksikan
Bimbingan Prof. Madya Dr. Normaliza Binti Abd. Rahim
Terima kasih,
VIDEO SIMPULAN BAHASA
Jom kawan2 kita belajar tentang simpulan bahasa. Video ini juga boleh dijadikan panduan dan pembelajaran. Senang kan nak dapat ilmu, yang penting jangan jemu nak cari dan timba ilmu. banyak mana yang kita pelajari, banyak lagi yang kita tak tahu? betol tak (tol3 versi upin ipin). over lak kan aku nie, biasalah budak skema.. ilmu mesti ada falsafahnya< ye dak!
JOM TONTON .
Bimbingan
Prof. Madya Dr. Normaliza Binti Abd. Rahim
VIDEO SERAM ( 3 KISAH)
Selamat pagi semua, ermm hari ni nak share video seramlah. tapi sesiapa yang takut takya la nak tengok ,nanti masuk dalam mimpi kan da susah..
Nak dipendekkan cerita, video kumpulan kami ni x la seram manapun? suam2 kuku je, jadi takpe pun tengok.. biasalah kita org nie suke main2 hantu nie!!! opssss pembetulan, video ini pun adalah untuk memenuhi subjek kami jer!..okbai itu je nak bagitahu*
jomlah tonton, support kumpulan SRKANDI production!!! yeahhhh
Video ini adalah lakonan semata-mata, tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
"bimbingan Prof. Madya Dr. Normaliza Binti Abd. Rahim"
Sekian, Terima Kasih.
Saturday, 13 December 2014
VIDEO TRAGEDI (DENDAM BERDARAH)
Video tragedi "Dendam Berdarah" ini merupakan satu lagi video yang agak mencabar untuk kumpulan kami sempurnakan. untuk pelakon2 semua, anda semua adalah yang terhebat di kalangan yang terhebat!!!
Terima kasih daun keladi,
lain kali kita bertemu lagi..
Salam Perpaduan,
VIDEO FOKUS "COKLAT"
Alhamdulilah, siap jugak akhirnya nak buat video fokus nie.. video ini bertemakan coklat yang dipilih oleh salah seorang ahli kami. Agak sedih la, tapi x la sedih sangat..biasa je
(nak sedapkan hati la 2) video ini tak dapat ditayangkan. Nak tahu x sebab apa? ermmm sebab dr. kami chumel sangat 2 sebab dye tak bagi tayang kat kelas.. okbai itu je nak bagi taw!!
Kepada rakan2 di luar sana yang tak dapat tonton video kami ni, bolehlah google je kat u-tube atau boleh tonton kat blog kite yang x berapa nak kemas nie..maklumlah baru belajar buat blog sendiri..
Jumpa lagi!
"Salam Satu Malaysia"
ONE SHOT VIDEO CLIPS THREE LAYERS "YA RASULLULLAH"
Asalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Hari ini kita nak kongsikan dengan kawan2 one shot video three layer. Ini adalah video yang kedua daripada kumpulan kami, Srikandi. Terima kasih kepada tetamu undangan yang sudi membantu kumpulan kami dalam menyempurnakan tugasan video ini.
saksikan dan selamat menonton..
USAHA TANGGA KEJAYAAN. Biar tak sehebat dan segah kumpulan lain, tapi kami tetap buat yang terbaik..~ Alhamdulilah~
.
VIDEO ONE SHOT "GADIS DAN BUNGA"
Selamat pagi semua warga blogger, hokey hari ini nak post videolah bagi memenuhi subjek kursus (BBM3410). Buat pertama kalinya kena buat video, memang tak tahu skill langsung, nak katakan.. tak pandailah dari segi serba serbi ni. Tapi Alhamdulilah walaupun ada banyak kekurangan tapi enjoy tahap hottt sebab dapat hasilkan satu video.. Jomlah kita saksikan bersama2, semoga terhibur!!!
Haaa inilah video pertama yang dihasilkan oleh kumpulan saya, SRIKANDI. Idea ini kami sama2 hasilkan daripada one shot video "Gadis dan Bunga" yang dinyanyikan oleh Rahimah Rahim. Nampak mudah kan.. tapi nak hasilkan satu video, seminggu kot nak fikir.. haaa renung2kan, semoga memberi manfaat..
"Salam satu Malaysia"
BBM3410 "KALENDAR 2015"
Alhamdulilah, akhirnya berjaya juga siapakan tugasan kalendar 2015, bimbingan daripada prof. Madya. Dr. Normaliza Abd. Rahim dan juga kepada en. Iksan, En. Faz dan kak Ika.. Apa pun ini satu pengalaman yang manis untuk dikenang sebagai seorang pelajar tahun akhir. sangat mencabar!! kau adaaa, gitu kann...
Meh sini, saya belanja you all tengok kalendar 2015 yang dah siap, penat giler kentang nak hasilkan, tapi akhirnya !!!
Meh sini, saya belanja you all tengok kalendar 2015 yang dah siap, penat giler kentang nak hasilkan, tapi akhirnya !!!
Inilah hasil sentuhan saya sendiri..harap di masa akan datang, bolehlah dipraktiskan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.. sekian, jumpa lagi..
Dr. Notts jalan-jalan cari makan!!
Hokey hari ni nak update pasal makanan korean lak.. walaupun tak la minat sangat tapi boleh la nak share sikit makanan yang popular di korea. Kalau nak pergi korean, memang x dapat den kan..jauh tu macam la korea tu kat hujung dunia!!
kalau you all nak tahu memang banyak makanan korea yang enak-enak!! kalau nak tahu sedap ke x? try la kannn...
kalau you all nak tahu memang banyak makanan korea yang enak-enak!! kalau nak tahu sedap ke x? try la kannn...
ni salah satu tempat makanan yang ala-ala korea, sape2 yang nak rasa jom pakat-pakat pergi ~
famous la gak
SEOUL GARDEN

O.K now nak bagi tips yang berilmu kepada sesiapa yang berminat dan nak try rasa makanan korea macam mana?? boleh lee terjahh kat sini....
Soelleongtang
Ini adalah Sup Soelleongtang yang popular di korea. makanan ini merupakan menu yang banyak disajikan di kebanyakan restoren di korea. Bahan masakan ini daripada tulang sapi (kaki atau buntut sapi). proses merebus pula memerlukan waktu yang lama agar semua kalsium terlepas dan sampai tulangnya berwarna putih yang khas. Bukan hanya tulang sahaja dalam menu ini, terdapat juga potongan daging sapi dan lobak yang dicampur di dalamnya. Biasanya sup ini dibuat pada musim dingin dan dibuat dalam jumlah yang besar. Semangkuk seolleongtang memiliki kandungan 540 kcal energi, 25 gram protein, 12 gram lemak, 28 gram karbohidrat dan juga diperkaya dengan vitamin A (57 RE), vitamin C (11 mg), dan kalsium (45 mg.
Kimchi
Inilah namanya Kimchi yang diperbuat daripada kubis yang dibalut dengan campuran serbuk cabai, bawang putih, daun bawang, bawang merah dan jus buah pir. Kimchi ini kalau tengok memang tak menarik kan?? tapi rasanya sangat sedap!! sedap macam mana 2 kena la rasa dulu kan.. copypast je!!
Japchae Jjampong
bulgogi
Japchae merupakan makanan berupa sohun yang dicampur dengan pelbagai jenis sayur dan daging sapi. bahan-bahan untuk buat seperti daging sapi dan sayur selain menggunakan bawang putih, kicap asin dan gula pasir ditumis bersama dengan minyak wijen bersama daging sapi. kemudian tumis secara berasingan untuk mempertahankan aroma dan rasa. akhir sekali gaul bersama minyak bijan, irisan cili dan bijan.
Jjampong ini pulak adalah sup mie pedas dengan campuran seafood, daging dan sayuran. Biasanya Jjampong dibuat dengan bawang dan cabai dalam sup. seafood yang digunakan adalah cumi- cumi, kerang dan udang. makanan ini juga terkenal di korea mahupun di negara lain. wahhh hebatkan makanan korea ini tapi tak boleh lee nak tandingi makanan masakan Melayu di Malaysia!!!
Makanan bulgogi ini pulak merupakan menu yang dikenali oleh semua orang. Biasanya makanan ini daripada irisan daging sapi yang dicelupkan dalam saus yang dibuat daripada jus buah pir, bawang putih, kicap dan rasanya seperti daging lembut yang manis.
ais cream
tadaaa inilah Bingsu.. sedapkan
boleh je rasa.. tapi sekali rasa mesti nak lagi kannnnnn? Bingsu ni kalau you all nak tahu boleh je pilih buah-buahan ikut fovourite la katakan.. memang best, rasalah..den pun tak dak nak rasa agi.
banyak tak makanan korea yang den dah kongsi dengan you all semua, harap-harap dapat memberikan ilmu yang bermanafaat pada petang ini.
haaaa cakap pasal ni, teringat lak den nak komen pasal dr. Nott punya cerita.. rasanya da lama agaknya dr. Notts tu duduk korea sampai makanan korea pun boleh jadi citer favourite dia tu. Mula-mula dengar citer dr. Notts 2 macam pelik pun ada..ada ke sotong boleh makan hidup2??? tapi last2 tergelak jugak!! dr. Notts buat lawak.. hahaa3# tapi inikan satu pengalaman, tak semua orang boleh makan sotong hidup2 macam dr. Notts kan.. pape pun dr.Notts you are the best teacher!! Terbaik..
Hokey sampai kat sini je la citer.. kejap lagi nak pergi kelas kritikan..sempat lak nak post benda2 nie semua.. x pe la..redha je lah
miss this moment!! jumpa lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















