Assalamualaikum dan selamat pagi.Terfikir lak baru nak buat kalimat terahir kan. Pasal kalimat terahir ni, aku nak luahkan la sedikit tentang perjalanan sepanjang aku mengambil subjek BBM3410.
Mula2 masuk kelas Bbm 3410, rasa excited cikit la TAPI lepas je da masuk, macam nk kuar ambil subjek len pun ada( hehe sekadar gurauan) tapi inilah realitinya kan? bila susah je nak give up?
apa2 pun selama aku ambil kursus ini, memang akan rasa mengeluh? nak tahu kenapa??? coz kerja banyak sangat!!! stress akan menyelubungi you all tapi itu adalah pahitnya belajar..kalau u all nak tahu manisnya selepas you all dah belajar step by step dalam subjek ni,GERENTI mesti you all x menyesal ambil subjek ini di bawah bimbingan PROF. MADYA DR. NORMALIZA ABD.RAHIM..
sesiapa yang nak ambil subjek bbm3410 akan dtg, aku sarankan ambillah dengan dr.Normaliza atau nama popularnya DR.NOTTS..
Hokey, nak citer pasal dr. Normaliza ni, perwatakannya memang slamber je, cool je..tpi kalau dye marah, ermmm sebulan belum tentu nak baik mood dye( gurau je dr.) kenapa aku cakap cmtu? coz Pengalaman yang pernah aku dan kumpulan aku rasa apabila kumpulan aku tidak dapat mempersembahkan satu video fokus, coz salah seorang kawan aku datang lambat! jangan main2 drNotts ni selalu punctual orangnya. begitulah kisahnya, itu je aku nak bagitaw!! tapi so far, dye ajar BEST, semuanya praktikal!!! In sha Allah lepas abis belajar nie, bolehlah aplikasikan~ tak sia2 masuk kelas dia,
sayu la pulak lepas abis kelas terakhir dengan drnotts nie.. Dulu masuk kelas dye, (cakap bila lee nak sampai m14) TAPI da abs kelas sampai m14 ( sedih la pulak, mungkin aku da serasi dengan drnotts) cara pembelajaran dia sangat santai!! terbaik..terima kasih DRNOTTS..ada masa kita bertemu kembali, salam sayang dari anak didikmu!!
Meh aku belanja gambar kumpulan Srikandi bersama drnotts yang di kasihi.
hokey!!! meh aku kenalkan barisan ahli kumpulan Srikandi..dari kiri noorain Hazirah, asma'a Nasuha, normila, pensyarah aku prof. Madya Dr Normaliza abd. rahim dan aisah ..
Terima kasih atas segalanya!!
Jumpa lagi
BBM3410 (BAHASA DALAM MULTIMEDIA)
Saturday, 20 December 2014
Monday, 15 December 2014
VIDEO ONE STOP MOTION
Nah kita belanja you all tengok hasil kerja video one stop motion " Diari Hatiku" yang tak secantik dan segah kawan2 kita buat, maklumlah aku bukanlah budak seni, dulu time sekolah ambil subjek sains tulen, pas2 masuk u dapat kos sastera pulak, inilah namanya kebetulan?? kan
lepas tonton nie, Kalau nak bagi kritikan pu boleh, saya terima apa jua komen2 yang membina!!
Jom saksikan
Bimbingan Prof. Madya Dr. Normaliza Binti Abd. Rahim
Terima kasih,
VIDEO SIMPULAN BAHASA
Jom kawan2 kita belajar tentang simpulan bahasa. Video ini juga boleh dijadikan panduan dan pembelajaran. Senang kan nak dapat ilmu, yang penting jangan jemu nak cari dan timba ilmu. banyak mana yang kita pelajari, banyak lagi yang kita tak tahu? betol tak (tol3 versi upin ipin). over lak kan aku nie, biasalah budak skema.. ilmu mesti ada falsafahnya< ye dak!
JOM TONTON .
Bimbingan
Prof. Madya Dr. Normaliza Binti Abd. Rahim
VIDEO SERAM ( 3 KISAH)
Selamat pagi semua, ermm hari ni nak share video seramlah. tapi sesiapa yang takut takya la nak tengok ,nanti masuk dalam mimpi kan da susah..
Nak dipendekkan cerita, video kumpulan kami ni x la seram manapun? suam2 kuku je, jadi takpe pun tengok.. biasalah kita org nie suke main2 hantu nie!!! opssss pembetulan, video ini pun adalah untuk memenuhi subjek kami jer!..okbai itu je nak bagitahu*
jomlah tonton, support kumpulan SRKANDI production!!! yeahhhh
Video ini adalah lakonan semata-mata, tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
"bimbingan Prof. Madya Dr. Normaliza Binti Abd. Rahim"
Sekian, Terima Kasih.
Saturday, 13 December 2014
VIDEO TRAGEDI (DENDAM BERDARAH)
Video tragedi "Dendam Berdarah" ini merupakan satu lagi video yang agak mencabar untuk kumpulan kami sempurnakan. untuk pelakon2 semua, anda semua adalah yang terhebat di kalangan yang terhebat!!!
Terima kasih daun keladi,
lain kali kita bertemu lagi..
Salam Perpaduan,
VIDEO FOKUS "COKLAT"
Alhamdulilah, siap jugak akhirnya nak buat video fokus nie.. video ini bertemakan coklat yang dipilih oleh salah seorang ahli kami. Agak sedih la, tapi x la sedih sangat..biasa je
(nak sedapkan hati la 2) video ini tak dapat ditayangkan. Nak tahu x sebab apa? ermmm sebab dr. kami chumel sangat 2 sebab dye tak bagi tayang kat kelas.. okbai itu je nak bagi taw!!
Kepada rakan2 di luar sana yang tak dapat tonton video kami ni, bolehlah google je kat u-tube atau boleh tonton kat blog kite yang x berapa nak kemas nie..maklumlah baru belajar buat blog sendiri..
Jumpa lagi!
"Salam Satu Malaysia"
ONE SHOT VIDEO CLIPS THREE LAYERS "YA RASULLULLAH"
Asalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Hari ini kita nak kongsikan dengan kawan2 one shot video three layer. Ini adalah video yang kedua daripada kumpulan kami, Srikandi. Terima kasih kepada tetamu undangan yang sudi membantu kumpulan kami dalam menyempurnakan tugasan video ini.
saksikan dan selamat menonton..
USAHA TANGGA KEJAYAAN. Biar tak sehebat dan segah kumpulan lain, tapi kami tetap buat yang terbaik..~ Alhamdulilah~
.
Subscribe to:
Posts (Atom)
